Covid-19: 18 kematian baharu, dua BID  

0
1
Jenazah Siti Sarah dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu Gombak hari ini.

SEBANYAK 18 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,696 sejak virus tersebut melanda negara. 

Berdasarkan data portal COVIDNOW, dua daripada 18 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Setakat tengah malam tadi, terdapat 39,742 kes aktif Covid-19 di seluruh negara. 

Daripada jumlah tersebut, seramai 32,517 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,583 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Sementara itu, terdapat 3,389 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). 

Kes ICU membabitkan 106 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here