Netizen berseloroh mahu jadi pokok pisang, rela ditumbuk Lizzy 

0
1

SEKALI lagi penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengundang usikan nakal warga netizen apabila mempamerkan aksi menumbuk pokok pisang sehingga lunyai. 

Difahamkan penyanyi lagu Knock Knock itu menyahut cabaran yang tular di media sosial baru-baru ini iaitu ‘Salam dari Binjai’ di mana individu akan menumbuk pokok pisang sehingga tumbang. 

Menerusi hantaran di laman Instagram, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 28, yang sedang memakai singlet hitam dan berseluar jeans singkat dilihat dengan ‘gagah’ menumbuk sebatang pokok pisang. 

“Salam dari Ayer Tawar,” katanya di ruangan kapsyen. 

Rakaman dimuat naik itu menerima pelbagai reaksi netizen dan mencuit hati ada yang rela menggantikan tempat pokok pisang itu. 

“Saya sanggup jadi pokok pisang itu,” kata seorang pengguna laman itu. 

“Tumbuk sahaja saya. Saya rela jadi pokok pisang itu,” tambah seorang lagi netizen. 

Bukan itu sahaja, malah ada pengguna wanita yang mahu ‘unfollow’ akaun Instagram milik Lizzy di telefon pintar suaminya. 

“Kejap lagi aku unfollow dia (Lizzy) dekat Instagram laki aku,” ujarnya. 

Pada akhir rakaman itu, Lizzy sempat menunjukkan kedua-dua tangannya yang bertukar kemerahan selepas selesai membuat aksi menumbuk pokok pisang itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here