Harimau Malaya ceroboh kawasan manusia bukti habitat sudah musnah

0
1
harimau malaya

Nurul Huda Abhar

SEEKOR Harimau Malaya dilaporkan ditemui berlegar di perkarangan asrama Sekolah Kebangsaan Balar Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Menerusi perkongsian laman Persatuan Haiwan Malaysia, kemunculan harimau tersebut membuktikan hutan yang menjadi habitat kekal haiwan liar sudah musnah.

Jelas hantaran itu, haiwan liar seperti Harimau Malaya tidak akan keluar dari habitat mereka sehingga masuk ke kawasan berbau manusia melainkan mereka rasa rasa terancam, kebuluran, kawasan rayau mengecil dan hilang punca kehidupan

“Ini membuktikan bahawa negara mengalami kemusnahan habitat serius hingga memaksa haiwan liar keluar sarang.

“Sesuatu yang drastik perlu dibuat. Selamatkan hutan negara ini. Selamatkan habitat haiwan liar. Hentikan pembalakan!,” tulis hantaran itu.

Dalam masa sama, hantaran itu mengingatkan agar orang ramai bersama membanteras jenayah haiwan.

“Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau layari www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“Butiran peribadi pengadu adalah rahsia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here