2,888 kes baharu Covid-19 hari ini

0
1
Kelihatan orang ramai membeli tiket ketika tinjauan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini. Semalam, penjualan tiket meningkat 30 peratus susulan kebenaran merentas negeri bagi individu lengkap vaksin Covid-19 bermula Isnin lepas.

KES harian Covid-19 di Malaysia kembali turun ke angka 2,000 dengan 2,888 kes baharu, setelah lima hari berturut-turut mencatatkan jangkitan melebihi 3,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,786,219 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here