‘Bagaimana individu tanpa vaksinasi keluar masuk sempadan negara?’ – Isham

0
1
isham jalil

KERAJAAN perlu beri penjelasan bagaimana 10 warganegara boleh melepasi sempadan negara tanpa vaksinasi dan pulang membawa varian Omicron, soal Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Beliau berkata, bagaimana individu tersebut mendapat kebenaran keluar masuk sempadan negara sedangkan rakyat perlu memaparkan status aplikasi MySejahtera dan rekod vaksinasi.

“Kerajaan perlu jelaskan bagaimana mereka ini boleh keluar masuk sempadan negara tanpa vaksinasi dan selepas itu bawa masuk Omicron?

“Sedangkan rakyat lain hendak keluar masuk kedai biasa pun perlu papar MySejahtera dan rekod vaksin,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata 10 daripadanya membabitkan warganegara manakala tujuh lagi bukan warganegara.

“Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ini ialah dari United Kingdom dengan empat kes, Nigeria (empat), Emiriah Arab Bersatu (empat) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here