
HANYA 2.3 peratus lagi diperlukan untuk mencapai 100 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, setakat 11.59 malam tadi, seramai 22,876,224 individu atau 97.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap suntikan vaksin Covid-19.
Setakat semalam juga, 98.9 peratus atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Sejumlah 252,817 dos vaksin diberi semalam melibatkan 2,898 dos pertama, 4,549 dos lengkap dan 245,370 dos penggalak.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos dengan 7,356,445 daripadanya adalah dos penggalak. – Malaysiapost
