MALAYSIA hari ini melaporkan 3,543 kes baharu Covid-19, iaitu peningkatan 273 kes berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat hari ini mencecah 2,776,699 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my
“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi kemaskini di Facebooknya. -Malaysiapost

