PELAKON, Eyra Hazali mengumumkan dirinya hamil anak kedua dengan usia kandungan kini memasuki lima bulan.
Berita gembira itu dikongsikan Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali menerusi sebuah video di Instagramnya baru-baru ini.
Menerusi video berdurasi tiga minit itu, memaparkan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu membuat kejutan dengan memberikan sebuah kotak sebagai hadiah, sebelum suami dan anak sulungnya menjumpai kit ujian kehamilan.
“Awak serius ke sayang? Atau ini ujian kehamilan yang lama dulu,” soal Haziq.
Menerusi video sama, Eyra mengakui, kit ujian kehamilan tersebut adalah yang baru dan bukan yang lama.
“Saya baru menggunakan kit ujian kehamilan ini sebentar tadi, hendak melompat teruja tetapi awak berada di dalam bilik berhadapan itu,” katanya.
Berita gembira itu kemudian dikongsi dengan ahli keluarga melalui panggilan video.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq, berusia setahun lima bulan. – Malaysiapost

