Terjemahan ‘empty water’ dari fungsi auto translate di FB – KKM

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan terjemahan air kosong kepada ‘empty water’ yang ditangkap layar dan tular di media sosial baru-baru ini, tidak menggambarkan hantaran asal.

KKM menerusi kenyataan, berkata hantaran asal adalah dalam Bahasa Malaysia dan bukannya dalam Bahasa Inggeris.

“KKM mendapati paparan Facebook yang ditangkap layar dan disebar luas menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Januari 2022 adalah berpunca daripada pengguna yang telefonnya telah diaktifkan fungsi ‘auto translate text’ Facebook.

“Keadaan in menyebabkan perkataan air kosong telah diterjemahkan secara automatik kepada perkataan ‘empty water’ dalam telefon pengguna terbabit,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sehubungan itu, KKM berkata bagi mengelakkan kekeliruan mohon kerjasama khalayak untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada fungsi terjemahan automatik memandangkan ia tidak memberi penjelasan yang tepat.

“KKM berharap penjelasan ini dapat memperbetulkan salah tanggapan dan kekeliruan yang timbul berhubung isu terjemahan air kosong kepada ‘empty water’ yang ditularkan di media sosial baru-baru ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here