Tangguh umrah: Banyak pengendali umrah akan gulung tikar

0
1

PERSATUAN Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) mengemukakan lima cadangan berhubung penangguhan sementara ibadah umrah.

Presiden Bumitra Malaysia, Harun KC Ahmmu berkata, penangguhan itu mengakibatkan banyak pengendali umrah terpaksa menutup semula operasi perniagaan akibat kegagalan membayar tuntutan bayaran kepada jemaah.

Beliau berkata, cadangan pertama adalah pihaknya sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam membantu ketibaan jemaah umrah.

Antara lain, katanya, menambah baik proses saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pengendalian khusus jemaah umrah warga emas bagi mengelak kesesakan di kaunter saringan.

“Kita juga memohon caj pembayaran pusat kuarantin atau hotel RM150 sehari bagi setiap jemaah untuk meringankan beban tanggungan jemaah kerana kos ditetapkan pada masa ini antara RM250 hingga RM300 amat tinggi.

“Kos kerugian ditanggung jemaah atas penangguhan ibadah umrah apabila syarikat penerbangan tidak akan memulangkan tambang penerbangan dan hanya akan memberi peluang kepada agensi pelancongan membuat tempahan semula.

“Kita juga memohon kajian semula mengenai implikasi diterima oleh jemaah dan pengendali umrah kesan penangguhan sementara itu,” katanya dalam sidang media di Pejabat Bumitra di ibu negara semalam.

Beliau berkata kos pembatalan atau penangguhan tiket penerbangan, hotel penginapan dan caj pembayaran visa umrah kepada muasassah di Arab Saudi yang sudah dibayar sebelum keberangkatan ke Tanah Suci antara faktor yang perlu ditanggung pengendali umrah.

“Sebahagian besar jemaah yang menunaikan ibadah umrah adalah mereka yang tertunda kesan akibat penutupan sempadan negara yang dibuat pada 20 Mac 2020,” katanya.

Katanya lagi, visa umrah yang dikeluarkan hanya diberi sebulan tempoh sah laku dan sekiranya ditangguhkan jemaah perlu memperbaharui semula dengan kos tambahan.

Sabtu lalu, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata perhimpunan berskala besar melibatkan jemaah dari pelbagai negara di Arab Saudi mendedahkan jemaah Malaysia kepada risiko jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron.

Katanya, situasi itu menyukarkan para jemaah untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) umrah yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here