Banjir: MUDA bantu lebih 5,000 keluarga terjejas – Syed Saddiq

0
2

PRESIDEN Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata pihaknya sudah membantu lebih 5,000 keluarga yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya berjaya mengutip dana terkumpul sebanyak RM3.2 juta termasuk lebih RM2.2 juta tunai dan nilai sumbangan ‘in-kind’ terkumpul dianggar lebih RM1 juta.

“Sehingga hari ni, Parti MUDA sudah wujudkan lapan ‘Command Centre’ Negeri untuk Misi Banjir.

“Kita dah bantu lebih 5,000 keluarga mangsa banjir. ‘Fundraised’ lebih RM2.2 juta (tunai) dan nilai sumbangan in-kind terkumpul dianggar lebih RM1 juta. Total- RM3.2juta,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, beliau akan turun padang membantu mangsa banjir di Johor selepas selesai menerima suntikan dos penggalak hari ini.

“Terima kasih warga KKM tak putus-putus bekerja untuk kita semua. Habis cucuk, saya terus akan turun ke Johor untuk misi banjir.

“Krisis banjir masih belum tamat. Selagi boleh bantu, kita bantu. Muda akan memberi fokus untuk membantu rakyat Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here