Sambutan tahun baharu batal, ganti solat hajat dan doa selamat – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pembatalan program sambutan tahun baharu dan digantikan dengan solat hajat serta doa selamat.

Beliau berkata, ia sebagai tanda menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir yang melanda beberapa negeri.

Sehubungan itu, beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 pada 31 Disember 2021 di Masjid Putra, Putrajaya.

“Dengan itu, saya mengajak Keluarga Malaysia untuk solat Maghrib berjemaah, solat hajat dan doa selamat di Masjid Putra, Putrajaya pada malam esok.

“Bagi mereka yang tidak berpeluang hadir, boleh mengikuti siaran secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV Al-Hijrah,” katanya menerusi Twitternya.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan agar masjid-masjid di seluruh negara terutamanya masjid negeri, menganjurkan majlis yang sama.

“Keluarga Malaysia yang bukan beragama Islam boleh melakukan sembahyang mengikut kepercayaan dan agama masing-masing.

“Semoga usaha kita semua mendapat keberkatan dan Malaysia akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here