Jeli, Kuala Krai dilanda banjir

0
1
grafik

DUA kawasan di Kelantan, membabitkan daerah Jeli dan Kuala Krai kini dilanda gelombang kedua banjir susulan hujan lebat yang berterusan sejak semalam.

Berdasarkan data yang dimuat naik di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, setakat jam 2.26 petang tadi, 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka, hari ini.

PPS berkenaan menempatkan seramai 594 mangsa daripada 171 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Sebanyak tujuh PPS dibuka di Jeli iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1; Dewan Orang Ramai Kesedar Sg Satan; Dewan Kesedar Bukit Lakota; SK Lubok Bongor; Masjid Gemang; SK Legeh dan SK Kuala Balah.

Manakala tiga PPS dibuka di Kuala Krai iaitu Masjid Chucuh Puteri A; Madrasah Chuchoh Puteri A dan Pusat Komuniti Chuchoh Puteri A. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here