KES baharu Covid-19 kembali melepasi angka 3,000 apabila merekodkan 3,683 kes hari ini.
Sebelum ini kes harian di Malaysia mencatatkan di bawah angka 3,000 buat tiga hari berturut-turut sehingga semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,750,516 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – Malaysiapost

