Noor Hisham tabik pengorbanan warga KKM ketika banjir

0
1

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan penghargaan kepada warga Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di barisan hadapan sepanjang negara berdepan musibah banjir.

Sambil berkongsi gambar-gambar petugas kesihatan mengharung banjir serta membantu mangsa yang terlibat, Dr Noor Hisham berkata warga KKM telah menunjukkan dedikasi dan pengorbanan sepanjang bertugas membantu mangsa banjir.

“Terima kasih diucapkan kepada warga KKM yang terus menunjukkan dedikasi dan pengorbanan dalam menjalankan tugas masing-masing membantu mangsa banjir walaupun di mana anda berada.

“Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan dalam menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi hantaran di laman sosial miliknya.

Dalam hantaran berasingan, Dr Noor Hisham turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarga warga KKM yang bertugas di kawasan terjejas banjir di seluruh negara.

Beliau turut mendoakan agar kesemua petugas akan pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

“Kepada semua ahli keluarga kepada warga KKM dan petugas hadapan jabatan serta agensi lain yang terlibat bertugas dalam banjir ini, KKM sangat menghargai pengorbanan anda.

“Kami berdoa ahli keluarga anda akan kembali pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman sosial miliknya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here