Banjir: Baik pulih fasiliti, ganti aset sekolah disegerakan – Radzi Jidin

0
1

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan berusaha memastikan kerja-kerja membaik pulih fasiliti dan penggantian aset yang penting di semua sekolah terjejas banjir dilakukan segera.

Jaminan itu diberikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bagi memastikan sesi persekolahan dapat dibuka dengan lancar seperti dijadualkan.

Beliau berkata demikian setelah bergotong-royong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong dan tinjauan pasca banjir di SMK Seri Damai, Kuantan, semalam.

Sementara itu Radzi berkata SMK Seri Damai yang terletak berhampiran kawasan lembah dinaiki air sehingga hampir dua meter.

“Ini menyebabkan berlaku kerosakan besar kepada fasiliti dan aset sekolah, terutamanya perabot dan kelengkapan, termasuk di makmal dan kelas pedidikan khas.

“Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan guru, kakitangan sekolah serta beberapa pihak luar dengan dibantu anggota ATM di sini berjalan lancar.

Sehingga semalam, lebih 50 peratus kesan banjir telah dibersihkan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here