PEMUDA Umno mengambil inisiatif untuk mengumpulkan dana sumbangan atau sedekah serendah RM50 atau RM100 untuk membeli cerek elektrik atau dapur gas.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata inisiatif itu dilaksanakan selepas mendapati hampir keseluruhan barang kelengkapan rumah milik mangsa banjir rosak akibat bencana itu baru-baru ini.
“Hampir semua tempat yang kami bantu dalam misi pembersihan terutamanya di kawasan rumah yang ditenggelami air, boleh dikatakan barang-barang kelengkapan rumah musnah hampir 100 peratus,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu Asyraf Wajdi berkata sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Pemuda Umno Malaysia menerusi CIMB Bank Berhad (8000632311) dengan mencatatkan “DAPUR BANJIR”.
“Semoga bantuan anda akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang dilanda musibah ketika ini sekali gus diberkati Allah jua,” katanya. – Malaysiapost

