Kecewa sampah banjir tidak dikutip, Muhammad perli MBSJ bersih kawasan sebab MB hendak melawat

0
1

“MBSJ (Majlis Bandaraya Subang Jaya) datang kemas sebab Menteri Besar nak datang melawat, hari itu je lah,” seloroh Muhammad Rosli, seorang daripada pasangan kembar dipisahkan di Arab Saudi pada 2002 di Facebooknya untuk menarik perhatian ramai mengenai keadaan sampah di rumah yang belum dikutip walaupun selepas lebih seminggu banjir melanda.

Tanpa menyatakan lokasi kediamannya yang dipercayai terletak di kawasan pentadbiran MBSJ, Muhammad berkata tiada pihak berwajib datang mengutip sampah di kejiranannya yang turut terjejas akibat bencana banjir pada 18 Disember lalu.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya pihak berkuasa menunaikan janji mereka untuk membersihkan longgokan sampah di persekitaran penempatan mereka.

“Nak minta tolong MBSJ dan pihak berwajib tolong datang kutip sampah rumah di kawasan kampung kami, hari tu janji nak datang kutip tapi janji tinggal janji je lah.

“Haritu diorang (MBSJ) ada datang kemas pun sebab MB Selangor nak datang… Haritu je lah,” katanya di Facebook.

Hantaran Muhammad mendapat perhatian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang meminta Muhammad menghubungi segera melalui e-mel.

“Salam, boleh saya dapatkan alamat dan lokasi? Boleh hubungi email pada saya di [email protected].,” catat Amirudin di ruangan komen hantaran itu.

Tindakan Amirudin itu mencuri perhatian netizen yang rata-rata memujinya kerana bertindak pantas untuk menyelesaikan masalah itu.

Muhammad dan abangnya, Ahmad adalah adalah pasangan kembar yang pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia pada 2001, kerana kedua-duanya dahulu dilahirkan bercantum di bahagian dada sehingga pangkal paha.

Kini hampir 20 tahun berlalu sejak pembedahan bersejarah selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada 2002 ditaja oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud yang menjadi pemerintah negara itu pada 2005 hingga 2015.

Mereka menjadi perhatian Kerajaan Arab Saudi sehingga Raja Abdullah mangkat pada 23 Januari 2015. Namun kali terakhir berhubung dengan Baginda adalah pada 2007 apabila diundang ke sana untuk dihadiahkan kaki palsu bagi memudahkan pergi ke sekolah.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here