
KES baharu harian Covid-19 menurun ke angka 2,000 apabila mencatatkan 2,778 kes hari ini.
Angka itu menunjukkan penurunan berbanding semalam yang merekodkan 3,160 kes.
Ia angka kedua terendah dalam tempoh beberapa bulan ini yang mana kes terendah dicatatkan pada 20 Disember lalu iaitu 2,589.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,741,179 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost
