Bantuan Wang Ihsan boleh tuntut setiap kali bencana

0
1

SEMUA ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir wajar menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setiap kali ditimpa musibah.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, sikap prihatin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang memutuskan supaya semua ketua isi rumah boleh menuntut BWI setiap kali ditimpa banjir dan bencana.

“Ini tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) serta kelulusan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat melalui NADM telah menyalurkan peruntukan ke setiap negeri dan daerah bagi agihan wang ihsan.

“JPBP juga sudah mengarahkan JPBN menyegerakan penyaluran bantuan wang ihsan kepada mangsa yang terjejas dan memudahkan lagi proses agihan,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media harian Ops Murni.

Semalam, kerajaan mengumumkan bantuan pengurusan kematian kepada waris mangsa yang terkorban dalam kejadian banjir dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 dan pembayaran akan diuruskan JPBD.

Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin berkata, seperti dimaklumkan sebelum ini, kerajaan sudah bersiap sedia untuk mengatur gerak menangani sebarang kemungkinan pasca bencana dan semua agensi Persekutuan diminta berbincang dengan JPBN dan JPBD bagi membantu kawasan yang terkesan.

“Banjir di kebanyakan negeri telah mula surut dan pengurusan bencana pusat melalui NADMA sudah mengeluarkan arahan kepada semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah untuk merangka, menyelaras dan mengenal pasti tindakan segera aktiviti berkaitan pasca bencana.

“Di sini, kita juga menyeru penggemblengan aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan supaya memberi perhatian kepada pentafsiran keperluan pasca bencana mangsa.

“Ia adalah ‘Post-Disaster Needs Assessment’ (PDNA) seperti peralatan memasak, bahan memasak, peralatan sekolah dan pembersihan ruang kemudahan awam,” katanya.

Katanya, aktiviti pasca bencana juga membabitkan tindakan pemulihan perkhidmatan asas seperti bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan pengurusan sisa pepejal. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here