Banjir: 9 jalan di Selangor masih ditutup

0
2

SEBANYAK sembilan laluan yang dinaiki air dan rosak akibat banjir di Selangor Sabtu lalu, masih ditutup hari ini.

Polis Selangor memaklumkan, dua laluan di bawah kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya iaitu satu jambatan dan satu jalan ditutup kerana rosak akibat banjir.

“Ia membabitkan jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang dan Jalan PJU 7, hadapan MRT, Mutiara Damansara,” kata kenyataan itu.

Sementara, enam laluan di bawah pentadbiran enam IPD lain turut ditutup, antaranya Jalan Olak Lempit ke KLIA (IPD Kuala Langat), Jambatan FT 31 Dengkil-Banting (IPD Sepang) dan Jalan Sungai (Sg) Panjang-Tanjung Malim (IPD Sabak Bernam).

“Selain itu, Jalan Kuala Selangor–Bestari Jaya di bawah IPD Kuala Selangor, Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra (IPD Sg Buloh) dan Jalan Genting Peras–Kuala Klawang (IPD Kajang).

“Sementara itu, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser menghala ke Peretak di bawah IPD Hulu Selangor dibuka untuk kenderaan ringan sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here