Waspada risiko penyakit Meliodosis  semasa banjir -KKM

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai berhati-hati dengan risiko penyakit Meliodosis semasa banjir.

KKM menerusi Facebooknya memaklumkan, Melioidosis adalah jangkitan disebabkan bakteria ‘Burkholderia Pseudomallei’. 

“Manusia mendapat jangkitan melalui sentuhan dengan tanah dan air yang tercemar. 

“Bakteria ini juga boleh berada dalam debu tanah dan masuk ke dalam salur pernafasan melalui hidung,” menurut kenyataan itu.

Justeru, KKM berkata, langkah pencegahan adalah yang terbaik terutamanya di musim hujan dan banjir kerana penyakit berkenaan boleh menyebabkan komplikasi serius. 

“Sila dapatkan rawatan segera jika demam selepas terdedah kepada tanah/air yang tercemar,” katanya.

Dalam hantaran sama, KKM turut memuat naik poster sebagai panduan kepada orang ramai berhubung maklumat mengenai penyakit itu serta amalan pencegahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here