Banjir ‘termenung’ di Bukit Changgang semakin surut – Tuan Ibrahim

0
1

SITUASI air banjir bergenang atau ‘termenung’ di Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor kini semakin menyurut susulan kerja-kerja pengorekan parit dan pengepaman air yang dilaksanakan.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ia susulan projek pengorekan parit dan pengepaman air oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan terbabit.  

“Perkembangan semasa air banjir genang di Bukit Changgang, pagi tadi. Projek pengorekan parit dan pengepaman air oleh JPS telah menyurutkan paras air.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga turut membantu,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Menurutnya, keadaan air banjir bergenang itu dijangka akan surut sepenuhnya tidak lama lagi.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, air akan surut sepenuhnya seperti di Taman Sri Muda, Shah Alam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here