824 infrastruktur komunikasi mudah alih terjejas banjir – Anuar Musa

0
2

BENCANA banjir yang melanda negara sejak Sabtu lalu telah mengakibatkan 824 infrastruktur komunikasi mudah alih terjejas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Anuar Musa berkata, susulan itu setakat semalam, 418 sudah dibaiki dan 406 lagi sedang giat diperbaiki.

“Ia bagi manfaat mangsa dan juga operasi bantuan banjir yang digerakkan pelbagai pihak,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Dalam satu lagi ciapan, beliau memaklumkan antara tindakan segera diambil bagi masalah liputan komunikasi yang terjejas akibat banjir adalah penyediaan generator di lokasi infrastruktur komunikasi yang tiada bekalan elektrik dan pemasangan ‘Coverage on Wheels’ (COW) oleh pembekal perkhidmatan.

“Coverage on Wheels adalah sistem pemancar mudah alih bagi memberi liputan perkhidmatan sementara yang lazimnya digunakan sewaktu bencana dan kecemasan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here