KPDNHEP sumbang bantuan kepada 1,000 mangsa banjir di Bentong

0
1

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyumbangkan bantuan makanan dan barangan keperluan asas menerusi Program Food Bank kepada penduduk terjejas banjir di beberapa lokasi di Bentong, Pahang.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata sumbangan bantuan berkenaan untuk menampung keperluan kira-kira 1,000 penduduk yang terjejas.

Datuk Rosol Wahid berkesempatan bertanyakan khabar mangsa-mangsa banjir di daerah Bentong Pahang

“Rata-rata mangsa banjir di sini menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 50 tahun.

“Penduduk memaklumkan selain bantuan makanan dan keperluan asas termasuk pakaian, mereka juga amat memerlukan bantuan berupa alatan pembersihan dan tenaga sukarelawan.

“Tenaga sukarelawan diperlukan untuk membantu membersihkan kediaman yang teruk diselaputi lumpur akibat banjir buruk minggu lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Rosol turun padang meninjau keadaan pasca banjir di Bentong, hari ini.

Dalam pada itu, Rosol berkata, secara peribadi beliau bersimpati dan terkesan dengan musibah banjir yang meragut nyawa, memusnahkan kediaman dan menyebabkan kehilangan harta benda.

“KPDNHEP akan terus melihat keperluan mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri terjejas dan akan menyalurkan bantuan sewajarnya terutama bekalan makanan dan keperluan asas bagi meringankan bebanan mangsa.

“KPDNHEP juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong usaha murni ini khususnya kepada Rakan Strategik Utama Food Bank Malaysia untuk misi bantuan pada kali ini iaitu Yayasan Al Manjie,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here