Selangor kurangkan birokrasi bantuan pasca banjir – MB

0
1

KERAJAAN Selangor akan mengurangkan birokrasi dan memudahkan kaedah penyaluran bantuan pasca banjir bagi meringankan beban mangsa banjir disemua kawasan yang terjejas di negeri berkenaan.

Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Sha’ri, berkata perkara berkenaan akan diumumkan dalam sidang media petang ini.

“Insya-Allah satu sidang media khas hari ini jam 2 petang bagi memaklumkan situasi terkini juga mengumumkan beberapa langkah dan pelaksanaan terutama bagi fasa pemulihan serta bantuan.

“Semoga segala usaha dan ikhtiar ini diberkati,” katanya di laman Twitter, hari ini.

Dalam beberapa ciapan lain, beliau turut berkongsi keadaan banjir di Selangor membabitkan beberapa daerah yang terjejas teruk.

“Setakat jam 8 pagi hari ini, sebanyak 203 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di sembilan daerah seluruh Selangor menempatkan 30,632 individu mangsa banjir.

“Kemaskini 9.05 pagi – Kg Baru Hicom – air masih dalam ketinggian 3 kaki, majoriti penduduk memilih tidak mahu keluar, anggaran 2500 orang yg masih disana.

“Bantuan makanan dihantar buat semua penduduk untuk tengah hari dan malam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang membantu dalam bencana yang menimpa Selangor kali ini termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibarahim yang menghantar bantuan ke Hulu Selangor.

“Menjunjung kasih DYAM Tunku
@HRHJohorII
di atas bantuan dan sokongan. Keprihatinan Tunku amat patik hargai.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawat saya di Kedah YAB
@SanusiMNor
atas pengumuman bantuan kepada Selangor. Beliau turut memaklumkan pasukan sukarelawan akan di turut dihantar 25hb nanti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here