Operasi bantuan, menyelamat mangsa banjir di Seksyen 25 Shah Alam diperhebat

0
1

SEBANYAK 30 bot dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan Sri Muda dan Seksyen 25 Shah Alam, hari ini.

Berdasarkan Twitter rasmi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, operasi menyelamat penduduk yang terperangkap akibat banjir di kawasan berkenaan diperhebatkan dengan bantuan aset Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

“Kemaskini ( 10:20 am ) kawasan Sri Muda dan Seksyen 25 Shah Alam lebih ramai dapat dikeluarkan dengan bantuan aset PGA dan Bomba, lebih 30 bot bantu keluarkan mangsa,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Bagaimanapun, Amirudin berkata, terdapat juga mangsa banjir yang enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara.

“Air mulai surut di kedalaman 1-2 meter. Ramai juga yang tidak mahu pindah. Tumpuan utama waktu ini adalah bekalan makanan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here