Netizen kecam Perhimpunan Tahunan Bersatu

0
1

WARGA netizen mengecam parti Bersatu susulan tetap meneruskan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini walaupun rakyat sedang terkesan akibat banjir buruk di beberapa negeri.

Rata-rata pengguna Facebook yang menonton siaran langsung perhimpunan yang disiarkan di laman Facebook, Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengutuk penganjurannya yang dikatakan tidak sensitif dengan nasib rakyat.

“Batal atau tangguh dulu..tak sensitif langsung dengan rakyat,” kata pengguna Facebook Real Kakqueen.

“Patutnya demi rakyat mangsa banjir..perhimpunan ini boleh ditangguh dulu,” kata Mahadir Mahadir

“Woi banjir la..bukan bersidang, kau orang ni tidak ada perasaan ker?” soal Khairi Khamis.

Demikian antara kecaman dan kemarahan netizen terhadap perhimpunan yang sudah berlangsung sejak semalam.

Selain Muhyiddin, turut hadir dalam perhimpunan terbabit adalah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Menteri Belia dan Sukan; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang juga Menteri Dalam Negeri; Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga Dan Masyarakat . – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here