Hujan sangat lebat dijangka berterusan hari ini 

0
1

HUJAN lebat sejak Khamis lalu yang mengakibatkan bencana banjir di enam negeri setakat ini dijangka berterusan dan beberapa negeri terjejas kini dikategorikan berada pada tahap bahaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan amaran cuaca yang dikeluarkan pada 1.40 pagi tadi memaklumkan negeri  yang berada di tahap bahaya adalah di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.

Kawasan-kawasan di Perak yang dijangka terlibat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Manakala di Pahang, kawasan yang dijangka terlibat ialah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan manakala di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat serta Hulu Langat.

Selangor pula membabitkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat serta sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, hujan lebat berterusan tahap buruk diramal berlaku di Kedah, Pahang,  Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Manakala, amaran waspada hujan berterusan di beberapa kawasan di Perlis; Kedah,  Perak, Kelantan, Terengganu, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan serta Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here