SPR umum GPS menang PRN Sarawak

0
2

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasmi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh, mengumumkan GPS berjaya menubuhkan kerajaan negeri Sarawak yang baharu selepas memperolehi 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pengisytiharan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-12. Hari ini proses pengundian telah berjalan dengan baik dan lancar.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 8.45 malam, GPS telah memenangi sejumlah 45 kerusi dari 82 kerusi yang diperuntukan,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Beliau berkata, dengan itu GPS telah berjaya memperolehi satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here