SELAMA tiga hari berturut-turut, kes harian Covid-19 masih kekal melebihi angka 4,000 apabila mencatatkan 4,083 kes baharu hari ini.
Angka itu menyaksikan penurun sebanyak 279 kes berbanding 4,362 kes yang direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,715,847 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. – Malaysiapost

