Banjir: 33 PPS dibuka di Klang, Kuala Langat, Sepang

0
1

SEBANYAK 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang berikutan hujan berpanjangan sejak Jumaat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedang menggerakkan semua agensi berkaitan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) untuk memindahkan mangsa dan memberikan bantuan kecemasan segera.

“Pada masa sama sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (Serve) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa,” ciapnya.

Perpindahan mangsa banjir melibatkan PPS Masjid Al-Islah/Masjid Al-Ubudiyah; Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong; SK Johan Setia; Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sg Pinang.

Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah; SRA Pulau Indah; Balai MPKK Perigi Nanas; Balai MPKK Bukit Naga, SK Sg Bijai dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa, Klang.

Turut dibuka ialah PPS SK Jalan Kebun; Balairaya MPKK Kampung Lombong; SRA Sg Serdang; Dewan Orang Ramai Tok Muda; SRA Pekan Kapar; SRA Sungai Delek dan Dewan MPKK Sungai Delek.

Dalam ciapannya juga, Amirudin menyertakan talian-talian penting yang boleh dihubungi berhubung bencana banjir di daerah Klang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here