Semoga KKM buat pertimbangan, keputusan sewajarnya – Idris

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) diharap membuat pertimbangan dan keputusan yang sewajarnya bagi membawa harapan dan suara hati umat Islam berhubung permintaan merapatkan saf ketika solat berjemaah di masjid serta surau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata dalam masa sama beliau saya yakin pihak berkuasa agama negeri-negeri pasti memberi kerjasama terbaik bagi merealisasikan hasrat besar seluruh umat Islam itu.

“Terima kasih YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan kerana memberi perhatian kepada hasrat yang dikemukakan oleh JAKIM dan umat Islam supaya saf solat dirapatkan semula di masjid dan surau,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Semalam Khairy dilaporkan berkata KKM akan mengeluarkan nasihat berhubung permintaan merapatkan saf ketika solat berjemaah di masjid serta surau dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Beliau berkata ia perlu bagi memastikan KKM terlebih dahulu melihat kesan gelombang penularan varian Omicron. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here