Penampilan terbaharu bekas MB Selangor kejutkan ramai pihak

0
1

PERUBAHAN ketara fizikal bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menarik perhatian ramai pihak terutama warga maya.

Penampilan fizikalnya yang menyusut begitu mengejutkan ramai kerana tidak menyangka itu adalah Abdul Khalid yang mereka kenali sebelum ini.

Ia boleh dilihat menerusi sekeping gambar dikongsi Abdul Khalid di Facebooknya, memaparkan beliau bersama isteri, Puan Sri Salbiah Tunut disertai anak dan cucunya meraikan hari lahir ke-75 baru-baru ini.

“Syukur alhamdulillah saya telah diberi kesempatan menyambut hari lahir di rumah semalam (Selasa) bersama Salbiah, Iqbal, Aida serta Arif.

“Terima kasih di atas ucapan selamat daripada semua teman melalui WhatsApp dan media sosial,” kata bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Abdul Khalid menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Bagaimanapun, beliau dipecat sebagai Menteri Besar oleh PKR sebelum jawatan itu diambil alih bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Malaysiapost

Photo from I Am Superb

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here