34 graduan cemerlang tajaan Yayasan Bank Rakyat terima ganjaran

0
1

YAYASAN Bank Rakyat meraikan 34 graduan tajaannya dalam satu Majlis Kecemerlangan Anggota di Kuala Lumpur, hari ini.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin berkata, wang tunai dengan jumlah keseluruhannya bernilai lebih RM34,000 serta sijil penghargaan diberikan kepada graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan CGPA 3.50 ke atas bermula Julai 2020

Beliau berkata, ganjaran wang tunai bernilai RM1,000 seorang turut diberikan kepada graduan yang mendapatkan keputusan cemerlang serta sebagai penghargaan kepada mereka menunjukkan pencapaian membanggakan dalam pengajian serta aktif dalam pembabitan kokurikulum.

“Anugerah Kecemerlangan Anggota yang telah diperkenalkan sejak 2015 itu merupakan usaha YBR bagi menghargai dan memberi inspirasi kepada anak-anak anggota Bank Rakyat serta pelajar tajaan untuk mencapai keputusan akademik yang terbaik serta menyokong agenda pendidikan negara dalam melahirkan modal insan berketerampilan tinggi,” ucapnya pada majlis tersebut.

Megat Zulkarnain menambah, dalam mendepani cabaran Industri 4.0, pelajar bukan sahaja perlu bijak, malah konsisten dari segi emosi, kreativiti, inovatif, bijak merebut peluang serta berani mengambil risiko dalam membuat keputusan.

“Dengan adanya anugerah ini ia dapat memberi dorongan serta memotivasikan graduan untuk lebih berjaya serta berbakti kepada bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata, Yayasan Bank Rakyat turut menyediakan pelbagai peruntukan bagi pembangunan modal insan termasuk mengubah Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) kepada biasiswa kepada pelajar tajaan yang mendapatkan keputusan cemerlang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here