Penyampai radio Fizi Ali bercerai

0
1

SEBELUM 2021 melabuhkan tirainya, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali membuat kejutan apabila mengumumkan jodohnya bersama isteri, Syakilla Khoriri telah berakhir.

Tiada angin, tiada ribut, Fizi telah berkongsi berita duka itu di Instagram dengan memaklumkan, dia dan isterinya yang juga seorang pelakon mengambil keputusan berpisah dan membawa haluan masing-masing.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” katanya.

Pada masa sama, Fizi menjelaskan, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.

“Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini,” katanya.

Susulan itu, Fizi berharap semua pihak mendoakan yang terbaik buat mereka bertiga dalam meniti kehidupan baru selepas ini.

“Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.

“Insya-Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here