
SEBANYAK 48 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal COVIDNOW memaklumkan 12 daripada 48 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak tersebut kini mencecah 30,956 kes.
Sementara itu, terdapat 57,674 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 47,600 individu atau 82.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,280 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – Malaysiapost
