Aliff Syukri terkejut namanya dikaitkan dengan pembida aset Sajjad

0
1

DATUK Seri Aliff Syukri terkejut apabila namanya dikaitkan dengan pembida aset kediaman usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang menghilangkan diri.

Bagaimanapun, Aliff yang juga usahawan kosmetik enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan menghantar pembantu peribadinya bagi membida aset Sajjad.

Katanya, dia tidak kisah jika netizen terus membuat spekulasi.

“Saya tak nak komen isu ini. Saya tak mahu keluarkan apa-apa kenyataan kerana menghormati semua orang.

“Biarlah orang bercakap tapi benda ni tak ada kesahihan… mungkin ada orang lain nak beli dan dia ada duit, sesiapa pun ada hak kan?” katanya seperti dilapor mStar, hari ini.

Aliff berkata, dia enggan lagi terpalit dengan sebarang kontroversi membabitkan Sajjad kerana menyentuh sensitiviti banyak pihak.

“Ya, saya sebagai kawan dia tapi saya tak nak masuk campur apa-apa kontroversi, saya nak bertenang!,” katanya.

Semalam, seorang lelaki bernama Mohammad Syazwan Ahmad Fiesol membuat bidaan tertinggi iaitu RM132,000 menghilangkan diri serta gagal dihubungi peguam yang menguruskan sesi lelongan di kediaman Sajjad di Kota Damansara, Selangor.

Bagaimanapun, Syazwan tidak munculkan diri selepas memberi alasan keluar untuk membuat bank draf sebaik sahaja sesi bidaan dilakukan tamat.

Susulan itu, peguam mempercayai individu tersebut mempunyai kaitan dengan Aliff Syukri berdasarkan foto profil aplikasi WhatsApp yang digunakan lelaki berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here