Kutipan hasil kerajaan meningkat – PM 

0
1

PRESTASI terkini kewangan kerajaan Persekutuan sehingga akhir November menunjukkan kutipan hasil meningkat 8.9% kepada RM210.4 bilion, manakala jumlah perbelanjaan meningkat 4.9% kepada 

RM307.6 bilion. 

Sehubungan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bermesyuarat hari ini berpandangan bahawa semakan semula defisit bagi tahun 2021 iaitu 6.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan dapat dicapai. 

Bagi tujuan itu katanya, Kementerian Kewangan akan terus memantau prestasi dan perkembangan tersebut. 

“Berdasarkan prospek pemulihan ekonomi yang lebih baik bagi tahun 2022 serta langkah-langkah Bajet 2022, defisit fiskal disasar berkurang kepada 6% daripada KDNK. 

“Inisiatif pembaharuan institusi terutamanya pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) dan Kajian Perbelanjaan Awam (PER) merupakan langkah dasar utama dalam menyokong usaha ini. 

“Perancangan Fiskal Dalam Jangka Sederhana dan Inisiatif Pembaharuan Fiskal

Dalam jangka sederhana, kerajaan kekal komited terhadap sasaran defisit seperti digariskan bawah Rancangan Malaysia Ke-12

(RMKe-12) iaitu 3.5% berbanding KDNK pada 2025. 

“Ke arah ini, jawatankuasa telah meneliti beberapa cadangan yang akan menambah 

baik kedudukan kewangan negara dan kemampanan fiskal setelah ekonomi kembali ke trajektori pertumbuhan sebelum pandemik Covid-19 melanda negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Perdana Menteri berkata melangkah ke hadapan, agenda pemulihan yang mampan akan diselaraskan dengan inisiatif-inisiatif di bawah RMKe-12. 

Katanya semua usaha itu bertumpu kepada pembangunan teknologi tinggi, inovasi dan kemampanan dalam sektor berpotensi pertumbuhan tinggi yang dirangka bagi memangkin ekonomi inklusif dan berdaya saing untuk manfaat seluruh Keluarga Malaysia. 

“Secara keseluruhannya, usaha membantu seluruh Keluarga Malaysia akan diteruskan, di samping memastikan kemampanan kedudukan kewangan kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here