4 lelaki cuba larikan mesin ATM depan balai polis

0
1
Polis Di Raja Malaysia

SEBUAH pondok mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berhadapan Balai Polis Johol, Negeri Sembilan rosak angkara empat lelaki yang cuba melarikan mesin berkenaan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian disedari anggota bertugas di balai berkenaan selepas mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di mesin ATM itu tidak berfungsi, kira-kira jam 4 pagi.

Menurutnya, anggota itu kemudian pergi membuat pemeriksaan sebelum terdengar dentuman kuat dari arah pondok yang menempatkan mesin berkenaan.

“Hasil pemeriksaan CCTV mendapati empat suspek cuba menarik keluar mesin ATM menggunakan kabel dawai dan rantai besi.

“Namun cubaan mencuri itu gagal apabila kabel yang disambung menggunakan van Nissan Vanette dan Proton Iswara Aeroback putus,” katanya sepeti dilapor Harian Metro.

Amran berkata, suspek kemudian melarikan diri tanpa sempat menarik keluar mesin ATM berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan struktur pondok mengalami kerosakan dengan kerugian dianggarkan RM8,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here