Saida kembali bergelar isteri

0
1

PENYANYI Siti Saida Tarudin atau Saida melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, yang juga adik kepada Saida, 44, menerusi Instagramnya.

“Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan kakak kesayangan saya Siti Norsaida Tarudin bersama pasangannya.

“Doa adikmu agar bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih suamiku hadir bersama walaupun Subuh tadi dah keluar menyertai pertandingan kayuhan lasak MTB di Putrajaya. Love you darling,” tulisnya.

Bagaimanapun, identiti dan maklumat lanjut tentang suami Saida tidak dikongsikan.

Untuk rekod, ia adalah merupakan perkahwinan ketiga Saida selepas dua kali pernah mendirikan rumah tangga.

Saida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Kemudian Saida berkahwin untuk kali kedua pada 2016 bersama ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat, 41, namun mahligai dibina menemui perpisahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here