SEJUMLAH 22,758,472 individu atau 97.2 peratus penduduk dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksinasi Covid-19, setakat semalam.
Sementara itu, 23,078,880 atau 98.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 123,868 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 3,930 dos pertama, 6,613 dos lengkap serta 113,325 dos penggalak.
Sementara itu, sebanyak 2,735,048 individu atau 86.9 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin setakat 11.59 malam tadi.
Daripada jumlah itu, sebanyak 2,839,145 individu atau 90.2 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Data itu sekali gus menjadikan kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,748,772 dos. – Malaysiapost

