Sambutan hangat hari pertama

0
2

Sharifudin Abdul Rahim

GENAP 100 hari mentadbir selepas pertukaran kerajaan, Program Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia secara rasminya bermula hari ini.

Dekat di hati dan mesra rakyat, Keluarga Malaysia merupakan pengenalan satu frasa yang kini semakin sebati dalam jiwa rakyat Malaysia.

Program itu berlangsung selama empat hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Antara program ialah karnival kerjaya, persembahan kebudayaan, malam aspirasi seni, jualan usahawan, sukan rakyat, galeri pencapaian kementerian serta program bantuan.

Selain itu, turut menjadi tumpuan adalah kaunter diskaun untuk orang ramai menikmati diskaun bagi pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.-Malaysiapost

Orang ramai hadir pada hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Orang ramai beratur di kaunter membayar saman diskaun 80% kesalahan jalan raya pada hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Mangkuk tingkat antara barang menarik dipamerkan pada hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Drone pertanian dan pemetaan dipamerkan pada hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Seorang peserta bermain batu seremban dalam sukan rakyat pada hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
‘Bumblebee’ antara tarikan pada hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
Hari pertama Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here