Ada lagi proses Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tuhan di Akhirat

0
1
KUALA LUMPUR, 18 November 2020 - Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sesi wawancara bersama Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat PAS, Jalab Raja Laut di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Fahmi

MASIH terdapat dua proses penghakiman bagi menentukan sama ada seseorang itu benar-benar bersalah atau sebaliknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehubungan itu katanya semua pihak perlu menunggu proses itu berakhir, iaitu pertama di Mahkamah Persekutuan dan kedua, Mahkamah Tuhan di Akhirat kelak.

“Prinsip “seseorang itu tidak bersalah, sehingga dibuktikan ia bersalah”, maka setelah berjaya dibuktikan, maka itulah keputusannya.

“Namun kita tunggulah proses itu berakhir dengan dua lagi mahkamah, satu mahkamah Persekutuan di dunia dan satu lagi Mahkamah Tuhan di Akhirat.

“Mahkamah yang paling adil dan tepat, kerana saksi adalah anggota kita sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu dipercayai merujuk keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata jika sesaorang dianiya di dunia akan pasti ia mendapat keadilan di akhirat, tetapi kalau ‘pesalah’ yang mungkin terlepas di dunia pasti ia tidak akan terlepas di akhirat.

“Demikianlah manusia akan merayu dan terus merayu, mengambil apa sahaja ruang bagi menyelamatkan dirinya di dunia dan akhirat. Kepada Allah kita berserah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here