Wajah teman lelaki mirip Ahmad Maslan, cuit hati netizen

0
1

TREND terkini yang melanda pelayar aplikasi TikTok ialah memaparkan wajah kekasih hati mirip dengan selebriti atau ‘public figure’ kegemaran masing-masing. 

Begitulah yang berlaku kepada pemilik akaun dikenali @liyanaxcx yang turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi wajah teman lelakinya di aplikasi tersebut. 

Bagaimanapun, perkongsian klip video gadis itu mencuri perhatian netizen kerana wajah teman lelakinya saling tidak tumpah mirip kepada ahli politik terkenal negara, Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Klip video berkenaan kini tular di media sosial yang rata-rata netizen mengakui  wajah teman lelakinya memang mirip dengan Ahli Parlimen Pontian itu. 

Tambah menarik, teman lelaki @liyanaxcx  turut sempat berseloroh dengan mengatakan dia sedang sibuk mahu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU). 

Ada juga netizen yang ‘mengusik’ @liyanaxcx kerana memiliki citarasa wajah teman lelaki seperti orang kenamaan yang diminatinya. 

“Lain macam crush kau dik, memang saling tak tumpah dengan Tok Mat. 

“Okaylah dapat wajah teman lelaki sama macam idola, mogo cepat dipertemukan jodoh ke gerbang penikahan. 

“Ni memang lucu, tapi apadahal kot, harap teman lelaki awak nanti jadi VVIP macam dia,” kata netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here