Tiada pergerakan di kediaman Najib

0
1

Nilam Oshman

PENGAMAL media tempatan mula berkumpul di hadapan kediaman Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences, Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

Wartawan dan jurugambar dari pelbagai agensi sudah berkumpul di pekarangan Pavilion Residences seawal 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, difahamkan sehingga jam 9.55 pagi, masih tiada sebarang pergerakan di kediaman Najib.

Difahamkan, hanya dua motosikal polis pengiring memasuki parkir bawah tanah bersama sebuah lagi kenderaan pengiring kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya dijangka menyampaikan keputusan hari ini sama ada rayuan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman berhubung kes SRC International bernilai RM42 juta dibenarkan atau tidak.

Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung kes itu.

Prosiding Mahkamah Rayuan pagi ini akan diadakan secara dalam talian berikutan Najib dan beberapa anggota pasukan peguamnya mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 dan perlu dikuarantin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here