Kes Najib: Petugas media mula berkumpul di Istana Kehakiman

0
1

PETUGAS media tempatan dan antarabangsa telah mula berkumpul di Istana Kehakiman di Putrajaya menjelang keputusan rayuan Datuk Seri Najib Razak berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Difahamkan puluhan petugas media mula berkumpul bermula sebelum jam 8 pagi tadi.

Pada masa sama, kawasan sekitar Istana Kehakiman dikawal ketat oleh pasukan polis.

Terdapat juga orang ramai dipercayai penyokong Najib mula tiba berhampiran kawasan Istana Kehakiman.

Panel hakim hari ini akan membuat keputusan sama ada mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Julai 2020 atau membebaskan Najib daripada sabitan salah.

Bagaimanapun apa juga keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, pihak-pihak yang terlibat; Najib dan pendakwaan, masih mempunyai peluang terakhir untuk merayu iaitu di Mahkamah Persekutuan.

Prosiding Mahkamah Rayuan pagi ini akan diadakan secara dalam talian berikutan Najib dan beberapa anggota pasukan peguamnya mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 dan perlu dikuarantin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here