‘Harap Najib tabah, sabar hadapi dugaan’ – Zahida

0
1

KETUA Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan, berharap Datuk Seri Najib Razak tabah dan sabar menghadapi dugaan, termasuk dengan sebarang keputusan yang diputuskan mahkamah kelak.

Namun, katanya, Najib masih berpeluang membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan, selepas rayuan terhadap sabitan dan hukuman dihadapinya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

“Apa pun keputusan, didoakan Datuk Seri Najib Razak tabah dan sabar menghadapi dugaan. Terus berusaha ketahap yang tertinggi dalam sistem keadilan kita.

“Peluang untuk proses rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dibarisi lima hingga tujuh hakim, katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Zahida berkata, beliau turut berdoa agar Allah SWT menamatkan kezaliman dan fitnah dunia terhadap Najib.

“Semoga Allah tamatkan kezaliman dan fitnah dunia yang dibuat oleh Pakatan Harapan serta sekutu selepas PRU14.” katanya.

Terdahulu, panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan hukuman Najib ditangguhkan bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ketiga-tiga hakim berkenaan sebelum itu sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dibuat Mahkamah Tinggi sekaligus menolak rayuan bekas Najib. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here