KPDNHEP rampas 1,700kg minyak masak untuk diseludup ke Thailand

0
1

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 1,700 kilogram (kg) minyak masak disorok dalam sebuah rumah, dipercayai dijadikan transit sebelum diseludup ke Thailand.

KPDNHEP Kelantan menerusi kenyataan berkata operasi dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa negeri bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 semalam.

Operasi dijalankan bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan di sempadan negara di Kampung Bukit Nangka dekat Bukit Bunga, Tanah Merah.

“Operasi itu menemui minyak masak paket 1kg bersubsidi dengan anggaran sebanyak 1,700 kg dalam sebuah rumah yang disyaki dijadikan transit sementara sebelum dibawa ke sempadan negara.

“Turut dirampas, 120 liter minyak petrol yang dijumpai dalam sebuah Proton Wira,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut KPDNHEP Kelantan, nilai rampasan barangan kawalan adalah RM4,496 dan kenderaan dianggarkan bernilai RM3 000.

“KPDNHEP Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau peniaga yang menjalankan aktiviti tidak bermoral ini dan tindakan tegas akan diambil dengan denda yang tinggi seterusnya dituduh di mahkamah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here