Covid-19: 38 kematian baharu, 8 BID

0
1
grafik

SEBANYAK 38 kes lagi kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,652 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuatnaik di portal COVIDNOW, lapan daripada 38 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu setakat tengah malam tadi, terdapat 60,629 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 49,358 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 5,780 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 4,728 kes dirawat di hospital dan 463 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 249 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here